Panduan ku.

Thursday 11 August 2011

How to set S.M.A.R.T. goals.

PENYATA TINDAKAN 1-3 TAHUN.

BE S.M.A.R.T.!
Spacific.
Measurable.
Actionable.
Responsible person.
Time bound.

Tuesday 9 August 2011

5 KELEBIHAN MLM(MULTI LEVEL MARKETING).

Oleh: Aisha Ardini.


Mungkin ramai yang sudah mengenali apakah itu MLM (Multi Level Marketing). Walaupun sedemikian, masih ingin saya berkongsi kepada pembaca 5 kelebihan MLM yang asas yang perlu pembaca tahu.


1.Modal Kecil.
Kebanyakan syarikat MLM menawarkan modal yang cukup rendah untuk menjadi pengedarnya yang sah. Namun ia mampu memberi pulangan yang cukup besar. Ini kerana ia berkonsepkan perniagaan pelbagai peringkat. Perniagaan anda berjalan melalui ‘downline’ yang anda taja. Andai kata anda sakit dan terpaksa berehat, perniagaan anda tetap berjalan.


Memulakan perniagaan sendiri memerlukan modal yang cukup besar. Sebagai contoh, perniagaan berasaskan burger memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 2000. Itu termasuk modal untuk pembelian stok (daging, roti dan sebagainya), tempat perniagaan,
dan sebarang peralatan yang diperlukan untuk memasak.
Perniagaan konvensional sebegini memerlukan tenaga yang cukup tinggi. Mungkin anda perlu bekerja keras 12 jam sehari bagi memastikan modal kembali dan juga sedikit keuntungan.
2.MLM Tidak Memerlukan Tempat Khas.
Pasti ramai yang sedia maklum, perniagaan MLM tidak memerlukan pengedarnya mempunyai bangunan khas untuk pengedarnya melakukan perniagaan. Ini bermaksud, pengedarnya bebas melakukan perniagaan di mana sahaja, tidak terikat pada satu tempat sahaja.


Malah, seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pengedar MLM juga boleh melakukan pemasaran melalui internet, mungkin dengan penggunaan blog, laman web dan juga jaringan social seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.


Maka, tiada kos yang tinggi diperlukan untuk menyewa atau membeli bangunan khas untuk tujuan pemasaran,
sekaligus dapat mengurangkan modal. Anda juga boleh melakukan pemasaran ke seluruh negara dan juga
di luar negara tanpa memerlukan tapak khas. Bukankah ini hebat?


3.MLM Tidak Memerlukan Kelulusan dan Kemahiran Yang Tinggi.
Melibatkan diri dalam perniagaan MLM tidak memerlukan pengedarnya memiliki kelulusan diploma mahupun ijazah. Memadai sekiranya anda pandai membaca, menulis dan mengira. Dan yang paling penting,
keinginan untuk berjaya haruslah tinggi dan sanggup menghadapi rintangan yang bakal mendatang.


Dunia telah menyaksikan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan MLM tanpa mempunyai sjil diploma
ataupun kelulusan ijazah dalam bidang perniagaan.
Ini menjadikan golongan pelajar yang masih belajar di universiti mahupun di kolej juga boleh melakukan perniagaan MLM.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah sekadar mendapat bimbingan daripada ‘upline’ anda dan seterusnya melakukan pemasaran.


4.Risiko Rendah.
MLM merupakan perniagaan yang bergerak secara jemaah melalui penajaan. Dengan konsep ini, ia menjadikan MLM perniagaan yang berisiko rendah. Sebab itulah, ada saatnya ketika anda berehat, anda masih melakukan pemasaran kerana ‘downline’ anda melakukan pemasaran dengan aktifnya.


5.Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.
Ramai yang merungut kerana keletihan selepas seharian bekerja di pejabat. Malah, jika kerja yang dilakukan tidak memuaskan hati pihak atasan, terpaksalah melakukan kerja yang lebih kurang sama sekali lagi. Lebih memeritkan apabila gaji yang diperolehi tidak selari dengan tenaga yang dialirkan.


Dengan MLM, anda adalah bos kepada anda sendiri. Anda tidak terikat dengan sesiapa untuk bekerja. Anda bebas menentukan waktu kerja anda, sama ada pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Anda juga bebas bergerak ke mana sahaja, tidak terperuk 12 jam di tempat yang sama.


Ciri-ciri inilah yang menjadikan perniagaan MLM sesuai dijadikan sumber pendapatan utama mahupun sampingan. Mungkin ada yang memandang rendah dan memandang serong pada perniagaan MLM,
namun janganlah sehingga kerana ada yang mencalit debu, terus anda menutup mata.


Mudah-mudahan nota ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.


Kepada mereka yang sudah melibatkan diri dalam perniagaan MLM,
Selamat Maju Jaya saya ucapkan. Semoga ‘networking’ anda terus berkembang dengan hebatnya!



Kepada mereka yang berminat.. jom sertai kami di HAI-O bersama Kumpulan 369. Bersama menjana pendapatan, sambilan mahupun sepenuh masa. Nam 012-2215064.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Ada kelapangan boleh singgah ke kedai saya: KedaiNam369.blogspot.com