Panduan ku.

Tuesday 22 November 2011

SENYUM - Anugerah Planet musik 2011-OPENING SONG.

DENGAR DAN HAYATI VIDEO INI... MESTI BEST PUNYA...
Syabas Malique, Najwa & semua yang terlibat dengan video & lagu ini...



Lirik lagu Senyum – Malique & Najwa

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka

Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana

Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan

Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse


Senyum.
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang maksudnya “ Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah, kamu menunjuki seseoarang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab adab m/s 298 hadis no. 894 dan al-Tarmizi dalam al-Sunan 4/339-340, no 1961

Pengajaran Hadis
1. Hadis ini mengajar kita supaya beradab dan berakhlak mulia sesama manusia. Apatah lagi kepada tetamu kita atau orang yang berurusan dengan kita.
2. Sifat-sifat seperti senyum boleh meramaikan sahabat dan mengurangkan musuh
3. Senyum merupakan penawar yang mujarab dalam menyelesaikan kemelut hubungan manusia
4. Betapa luasnya rahmat daripada Allah s.w.t sehingga senyuman dianggap sabagai sedekah
5. Sifat-sifat baik seperti senyum, jujur, benar, tidak lekas marah sesungguhnya merupakan akhlak yang mulia dan diberikan ganjaran pahalah daripada Allah s.w.t.
6. Sedekah bukan hanya sekadar dengan pemberian material sahaja, akhlak yang mulia juga merupakan satu sedekah kerana dengan menunjukkan akhlak yang baik akan memudahkan urusan orang lain.
Oleh itu mulakan hari-hari anda dengan senyuman.










Dipetik dari:
tazkirah.org/tazkirah-hari-ini/senyum

Sekarang.. anda sedang tersenyum..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Ada kelapangan boleh singgah ke kedai saya: KedaiNam369.blogspot.com