Panduan ku.

Monday, 18 July 2011

Fighter in the Wind: The Final Fight

Ella - Standing in the eyes of the world

Standing In The Eyes Of The World
Artist: Ella

Pahit getir hidup... dan pengorbanan..
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah


Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"


Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Thursday, 14 July 2011

The Entrepreneur's Push

What's possible in the world of entrepreneurship is up to you.
Your Passion, your creativity, your innovation, your drive... change the world. So when you're faced with great adversity... dream big, push hard and beleive, success is in your hands within your reach just around the corner. The world is yours for the taking.. Reach Out.. Give back.. Push Through.. Stand Up.. Work Hard. Live the life you've always dreamed.

Thursday, 30 June 2011

EMPAYAR PERNIAGAAN.


BAGAIMANA MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN?


Apabila menyebut tentang empayar, kita membayangkan satu pembentukan kuasa yang besar merangkumi jajahan dan taklukan. Ia juga adalah sesuatu yang boleh berlaku dalam perniagaan malah telah banyak syarikat membentuk empayar perniagaan yang menakluki jajahan tertentu dalam ertikata penjajahan pasaran.
Tapi ini bukan kisah cerita-ceritut  atau sembang artikel yang semudah kata. Ia melibatkan perancangan, strategi, usaha, politik dan keberanian. Angan dan sembang akan membuatkan topik ini menjadi hanya sebuah lagi cerita kartun untuk menyedapkan telinga yang mendengar dan mata yang membaca. Jadi apakah sebenarnya kaedah membina empayar perniagaan yang berkesan?
Kelemahan kita orang Asia khususnya adalah memandang barat sebagai sumber maklumat dan rujukan ultra tanpa melihat potensi yang sedia ada dalam diri dan bangsa. Hari ini orang Amerika kata saya ada formula itu dan ini dan kita begitu mudah terpengaruh dan melabur tanpa usul periksa. Kerana itu juga kita percaya dengan sejarah bahawa orang putih datang
ke Tanah Melayu untuk perdagangan rempah. Rempah apalah yang orang putih makan sangat berbanding kita? Kerana itu minda kita senang dijajah.

Itulah sebenarnya kunci membina empayar iaitu menakluk dan menjajah minda. Saya mengkaji orang putih tentang apa yang dilakukan dan bukan apa yang dicakapkan. Ini adalah kerana bangsa yang berjiwa 'tauke' ini akan sentiasa mengajar kita menjadi bagaimana untuk menjadi pelanggan mereka dan bukannya menjadi usahawan.
Dahulu apabila kita melihat baju 'Made in Usa' atau 'made in' mana-mana negara Eropah, terpelancut didalam benak kita tentang produk yang berkualiti. Berbeza dengan 'Made in Malaysia' yang dipandang 2nd class. Maka jadilah orang kita mengikut cakap seniman Aziz Satar dalam fielm seniman Bujang Lapuk,"2nd class separuh bayaran".  Tanpa disedari, minda kita telah dijajah untuk membayar lebih kepada mereka yang sebenarnya kilang barangan mereka itu adalah di Malaysia juga. Kita pula berlaku tidak adil kepada barangan orang kita tanpa banyak mengkaji ada yang berkualiti malah lebih baik daripada mereka.
Baiklah. Sekarang kita tahu, bangsa kita selama ini adalah bangsa yang dijajah pemikiran dan anda mungkin telah memahami apa yang cuba saya sampaikan. Sekarang anda fikir, bolehkah anda menjajah minda orang putih ini kembali sepertimana mereka menjajah minda kita dalam segala segi sejak berkurun lamanya?
Jawapannya tidak semudah itu. Peperangan membina empayar perniagaan dunia harus berubah mengikut masa dan zaman. Dahulu orang kita kurang pendidikan, maka menjajah minda adalah teknik yang praktikal dan mudah dilakukan untuk membina empayar perniagaan. Berbeza dengan sekarang yang mana ramai sudah pergi ke sekolah dan pandai. Kini ia masih lagi berkisar tentang penjajahan minda tetapi dengan pendekatan dan teknik yang berbeza.
China adalah contoh terbaik sebuah negara yang begitu pantas menjajah ekonomi dunia dengan menundukkan gergasi ekonomi barat dalam tempoh tidak sampai 10 tahun. Penjajahan China terhadap ekonomi dunia bukanlah satu perkara mudah yang boleh dibalas kembali oleh barat. Mereka memperbaiki teknologi mengejar kualiti barat dalam tempoh setiap saat dan sentiasa memberikan harga yang terendah di dunia.
Bagi orang islam, anda pasti ada mendengar bahawa di akhir zaman maka akan wujud banyak pasar yang besar dan itu kita boleh lihat dengan kewujudan hypermart yang memonopoli perdagangan runcit. Adakah mereka ini menjual barangan berkualiti dan tahan lama? Jawapannya tidak kerana mereka hanya menjual barangan yang MURAH dan murah itulah yang menjadi kaedah dalam menjajah psikologi pelanggan.
Kegagalan ramai peniaga berkembang ialah mereka tidak cuba mempastikan sentiasa ada transaksi dan cuba menawarkan harga yang sentiasa membuat pelanggan berfikir berkali-kali dan akhirnya tidak membeli. Kita perlu ingat, jika kita tidak membeli idea dan kelentong orang putih, mereka tidak akan dapat menguasai Tanah Melayu. Mereka berjaya menjual teori dan idea mereka. Sekiranya kita tidak menyukarkan idea dan barangan kita dibeli, bagaimana pelanggan boleh mengenali kita, dan bagaimana dapat kita menjajah pasaran?
Perniagaan adalah satu perkara yang melibatkan masa untuk terbina. Barangsiapa yang mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku dalam perniagaan tanpa mengambilkira soal pokok perniagaan itu sendiri, maka sudah pasti mereka akan kecundang... Usahlah lagi membuang masa untuk memikirkan tentang membentuk empayar.
Cuma kalau ditanya kepada saya adakah kita masih perlu bertungkus-lumus untuk membina ekonomi jikalau sudah dilihat bahawa dunia kini berada di akhir zaman? Bukankah elok kita fokus kepada memperbetulkan tauhid dan aqidah umat islam yang main bermasalah? Bukankah kita diingatkan supaya bekerja seolah akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadat seolah mati esok hari? Perjuangan kehidupan dan agama itu tiada noktahnya sehingga bergulung dunia ini dihari kiamat.
Mengapakah orang Islam kini sering dijajah minda dan amat sukar dilihat menguasai ekonomi? Ini adalah kerana orang Islam ini sangat pandai berkata-kata tetapi amat kurang yang mahu berfikir dan berusaha. Mulut mudah berkata bahawa Islam itu 'syumul' dan segala perkara dalam kehidupan itu ada di dalam Islam tetapi adakah orang Islam benar-benar mengamalkan kehidupan dan cara Islam itu sendiri?
Konsep 'ta'awun' yang ada didalam Islam diamalkan meluas oleh kaum cina diseluruh dunia tapi bagaimana dengan orang Islam lain? Orang cina membina rangkaian perniagaan dan membina keakraban melalui hubungan sosial dan jaringan (network) tetapi adakah itu amalan orang Melayu yang mengaku dominan dan sinonim dengan Islam di Tanah Melayu ini? Itulah lemah kita dan akan sentiasa lemah kerana kita lebih teruja pada nama dan bukan pada hakikat. Malah ada kumpulan yang bingkas bangun bila Melayu ditegur dan dikutuk sifat buruknya lalu dilabel orang itu 'pengutuk bangsa sendiri'. Kerana itulah kita mudah dijajah. Kita sukar mengizinkan minda kita diperbaiki dan diperbetulkan.
Namun ia tidak bermaksud orang Islam khususnya Melayu Islam tidak boleh maju ke depan. Kita tidak perlu menunggu bangsa ini menjadi betul 100% baru kita boleh membuat perubahan. Perlu diingat juga Islam itu bukan Melayu sahaja. Orang Islam terdiri daripada pelbagai etnik di dunia. Saya lebih suka mencadangkan orang Islam membina empayar perniagaan dengan mensasarkan pasaran barangan muslim. Halal Hub adalah satu contoh yang baik sebagai satu idea penaklukan ekonomi. Anda juga boleh melahirkan idea dan konsep untuk menakluk kembali ekonomi orang Islam yang kini dijajah orang orang lain.
Artikel iluvislam.com
BIODATA PENULIS:
Haniff Abdul Hamid 
adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi.

Wednesday, 22 June 2011

Kota Rom bukan dibina dalam sehari.


Kota Rom bukan dibina dalam sehari,
Keteguhan Collosseum bukan binaan mudah,
Keunggulannya dikagumi hingga ke hari ini,
Aspek kesenian terserap di sana sini.

Kota Rom tidak dibina dalam sehari,
Begitu juga kejayaan bukan datang berlari,
Usaha dan kecekalan perlu selalu ada,
Kerana kejayaan sentiasa menuntut masa.

Kota Rom bukan terbina dalam sehari,
Begitu juga kejayaan bukan dengan sepetikan jari,
Tuntutan masa menentukan segala,
Perlu ada doa dan keikhlasan setiap ketika.

Kota Rom tidak terbina dalam sehari,
Demikian juga halnya dengan kejayaan diri,
Setiap masa dan ketika ada harga tersendiri,
Dan akan ternilai pada suatu hari nanti.

Kota Rom tidak dibina dalam sehari,
Kejayaan hidup menuntut hari,
Masa, usaha, keyakinan dan restu ilahi,
Pasti akan tercapai suatu ketika nanti.

Kota Rom bukan dibina dalam sehari,
Bukti pentingnya masa dalam usaha diri,
Bukan seminit dua bukan sekelip mata,
Kerana setiap yang hebat itu sentiasa menuntut masa.

Kalau kau sedang berusaha,
Biar dipijak sang gajah afrika,
Biar ditendang kanggaru Australia,
Biar disondol lembu india,
Biar dikata orang sini sana,
Genggam segera semangat diri,
Teruskan dan jangan berhenti,
Kerana percayalah bahawa,
Kota Rom tidak terbina dalam sehari.


Petikan dari: http://husnihalim.blogspot.com/2011/03/rome-is-not-built-in-day.html

Thursday, 16 June 2011

"KATA-KATA POSITIF" ----- KOMUNIKATOR NO. 1 INDONESIA



Biasakanlah berkata dengan kata-kata POSITIF!!!

Situasi dalam satu temuduga:

Penemuduga: 'Jika anda diterima bekerja di firma ini, adakah anda sanggup untuk bekerja lebih masa, tekun & bersungguh-sungguh?

Pemohon pekerjaan 1: Sanggup tuan tapi SULIT!

Pemohon pekerjaan 2: Sulit tuan tapi SANGGUP!

Agak-agaknya, yang mana satu peluang lebih cerah untuk diterima bekerja.. antara pemohon pekerjaan 1 & pemohon pekerjaan 2?

Tuesday, 14 June 2011

Sang pembelajar.

Hidup adalah sebuah metamorfosis.
(Menurut Wikipedia, Metamorfosis adalah suatu proses perkembangan biologi pada hewan yang melibatkan perubahan penampilan fisik dan/atau struktur setelah kelahiran atau penetasan. Perubahan fisik itu terjadi akibat pertumbuhan sel dan differensiasi sel yang secara radikal berbeda.
Beberapa serangga, amfibi, mollusca, crustacea, echinodermata, dan tunicata mengalami proses
yang biasanya (tapi tidak selalu) disertai perubahan habitat atau kelakuan.)


Pembelajaran tanpa henti untuk mencari seorang pemenang untuk kehidupan sejati.. Belajar dari penciptaan rama-rama. Rama-rama & kupu-kupu yang indah bukan terjelma dalam kehidupan sehari. Dari seekor ulat bulu yang buruk rupa, ia akan berproses dalam sebuah kepompong. Di sanalah seekor ulat dengan usaha keras & bersungguh-sungguh, memecahkan cengkerang halangan, untuk memperoleh keindahan dan menggapai kebebasan. Ia akan menggoyangkan seluruh tubuhnya, mengerakregangkan segenap sayapnya, sedikit demi sedikit, perlahan-lahan. Harus berhenti sejenak saat lelah mendera. Kadang terus menerjang, berjuang membebaskan diri dari dinding penghalang.

Demikian pula manusia, kala dibelengu dalam kepompong kehidupan. Ia harus bergerak, berjuang, bertindak untuk mencapai apa yang diimpikan. Kadang memang terasa melelahkan, kadang bahkan sangat menyakitkan. Namun demi untuk membebaskan dinding yang bernama TENTANGAN/RINTINGAN lah yang sebenarnya justru menyebabkannya kuat dan semakin dewasa dalam melangkah.


Melalui perjuangan yang panjang dan penuh dengan derita itulah, suatu hari, di saat yang paling tepat, ulat bulu yang buruk rupa bertukar menjadi seekor kupu-kupu yang elok rupa. Mampu mengepakkan sayap-sayap kecilnya yang indah, lalu terbang bebas kesana-kemari di celah-celah kelopak bunga, menebarkan hawa kebahagiaan bagi penikmat keindahan alam. Perjuangan seekor kupu-kupu laksana cerminan kehidupan manusia yang mahu dan mahu terus berjuang demi menyalakan semangat sehingga akhirnya akan menjadi pemenang sejati dalam kehidupannya. Dan saat keberhasilan dalam gengaman tangannya, dia juga mahu berbahagi, berkongsi kebahagiannya kepada orang lain dan menjadi manusia sejati bagi sesama manusia dan di hadapan Yang Maha Pencipta!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Ada kelapangan boleh singgah ke kedai saya: KedaiNam369.blogspot.com