Panduan ku.

Friday, 29 April 2011

Semua harus diawali dgn keberanian By Aa Gym



Semua harus diawali dengan keberanian!

Semoga semangat yang kita miliki.. menular kepada sesiapa pun yang masih lemah semangatnya.!
Semua harus dimuali dengan keberanian. Berani memulai, berani bercita-cita, berani berproses, berani berkorban, berani mengevolusi diri.
Tiada kesuksesan tanpa keberanian!

Saudaraku, karektor manusia dibahagi 2 kelompok, karektor baik-buruk, karektor kuat-lemah.
Kalau karektor baik bertemu dengan karektor lemah, dia jujur, dia amanah tetapi dia tidak pemberani.
Tidak disiplin, tidak semangat.. maka dia hanya baik untuk dirinya sendiri.
Karaktor lemah bertemu dengan karektor buruk, dia jelek, dia pemalas, dia licik tetapi dia tidak merugikan orang lain kecuali dirinya sendiri.
Negara yang rosak.. kerana pemimpinnya berkarektor kuat bertemu dengan karektor buruk.
Dia licik , dia egois tetapi dia semangat. Dia disiplin, dia berani.. maka mereka duduk di ranking terburuk dalam negara korup.

Yang kita perlukan ialah KAREKTOR BAKU. Karektor BAik bertemu dengan karektor KUat. 3syarat minimal karektor BAIK ialah:


(1.)JUJUR. Tidak ada tawar menawar tentang kejujuran.
Bermain main dengan kejujuran bererti bermain-main dengan KEHANCURAN!
Tekat kehormatan diri Zainam Ahmad!!! '1.Menjadi muslim yang jujur dan terpercaya sampai mati'. Ini pilihan ku.
Tidak boleh ada celah untuk kita menghianati diri kita sendiri.
Orang yang tidak jujur, dia terpenjara sebelum dipenjara yang sebenarnya.

(2.)Karektor BAIK.. dasar yang perlu dimiliki adalah ADIL! Jangankan berbuat zalim!.. berfikir zalim pun tidak boleh ada.!
Bisnes bukan perkara wang.. bisnes adalah perkara KEHORMATAN!!!
Tidak boleh ada licik.. walaupun tersembunyi. Kita berbuat zalim.. kita menzalimi diri kita sendiri,
kerana setiap perbuatan pasti akan kembali kepada pembuatnya.
Tidak pernah ada yang tertukar.

(3)Karektor baik, dasar yang wajib dimiliki adalah AMANAH. PENUH TANGGUNG JAWAB.
Lebih baik kepala dipijak dalam keadaan tegak terhormat bertanggungjawab,
daripada kita gagah tetapi pengecut yang lari dari tanggungjawab.
3 syarat dasar inilah.

Sedangkan karektor KUAT... dasar yang harus dimiliki adalah
(1.)BERANI. Tidak pernah orang bisa berbuat sesuatu.. tanpa KEBERANIAN!
Terjun bersama payung terjun.. takut atau tidak? Jawabnya takut! Tapi saya tidak boleh kalah oleh TAKUT!
Takut adalah kurnia Allah.. agar kita cermat berhitung. Orang yang tidak punya rasa takut.. tidak normal!
Takut rugi, takut celaka.. adalah FITRAH. Tetapi KALAH oleh TAKUT.. itulah yang mencelakakan kita!

(2)Karektor yang harus dimiliki untuk karektor KUAT adalah DISIPLIN! Tiada prestasi tanpa DISIPLIN.
Air yang lembut.. DISIPLIN!!!. batu yang keras akan berlubang. Oleh kerana itulah .. disiplin bukan kerana imbuhan, disiplin bukan kerana takut hukuman,
DISIPLIN ADALAH KEHORMATAN. Kita bersikap disiplin adalah kehormatan diri kita.
Kita lalai, kita malas, kita rosak kehormatan diri sendiri.

(3)Karektor KUAT minimal, karektor yang harus dimiliki adalah SUNGGUH-SUNGGUH!
Jangan kata ada 1/2, jangan kata ada 75%, jangan kata ada 90%, jangan kata ada 99%.. satu-satunya kata adalah 100%!!!
Kalau karektor BAIK & KUAT sudah kita miliki!!!.. hal yang lain adalah KEUNTUNGAN yang kita perolehi.

Asalkan saudara tahu Alhamdulillah.. dengan karunia Allah.. saya dititipi dengan beberapa Perusahaan. Ada yang bertanya.. APA RAHSIANYA..
Saya tidak mencari rezeki.. tetapi saya... MENJEMPUT REZEKI !!!
Mencari ..belum tentu ada.. menjemput sudah tentu ada.. tapi belum pasti bertemu..
Seperti lelaki yang datang ke suatu tempat mencari isteri.. belum tentu ada yang mahu,
tetapi suami yang datang MENJEMPUT isterinya..
sudah pasti ada.. tetapi belum pasti bertemu..
kecuali yang 'suami' yang BERKETRAMPILAN.. menjemput 'isterinya'.. pasti bertemu.
Lakukan yang terbaik yang sanggup kita lakukan.

Tuesday, 26 April 2011

JUJUR DALAM BERNIAGA.


Kejujuran amat penting dalam kehidupan kita seharian. Terutama sekali dalam bidang perniagaan. Tanpa kejujuran, setiap kerja yang kita lakukan tidak akan mendatangkan hasil yang memuaskan hati kita. Mungkin juga akan menyebabkan kita menemui jalan penyelesaian yang buntu atau jika ia berjaya sekalipun, kejayaan itu hanya bersifat sementara sahaja.

Seandainya kita jujur dalam berniaga, tidak dinafikan kita dapat menarik pelanggan untuk berurusan dengan kita. Ini kerana kita telah diberi kepercayaan untuk urusan jual beli. Di dalam sejarah Nabi Muhammad SAW disebutkan bahawa beliau adalah orang yang paling berhasil dalam memperdagangkan barang-barang Khadijah berbanding dengan kawan-kawan perdagangan yang lain. Kunci kejayaan baginda tentulah hasil dari kejujuran baginda dalam urusan perniagaan. Bukankah baginda amat dikenali dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud “yang jujur dalam setiap perkara”. Baginda tidak pernah cuba untuk menipu barang dagangan, dan disebabkan sifatnya itulah hasilnya amat memuaskan. Berdagang adalah antara usaha manusia untuk mencari rezeki di muka bumi ini.

Sesungguhnya kita diwajibkan untuk keluar mencari rezeki. Sabda Rasulullah SAW :
“Wahai sekalian manusia, takutlah kepada Allah. Dan carilah rezeki dengan cara yang baik. Kerana sesungguhnya seseorang itu tidak akan mati sebelum sempurna rezekinya meskipun lambat daripadanya. Maka takutlah kalian kepada Allah. Dan carilah rezeki dengan cara yang baik.
"Ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.”

(HR Ibnu Majah, Al-Hakim dari Jabir)

Yang dimaksudkan dengan mencari rezeki yang baik ialah dengan menghindarkan diri daripada melakukan tatacara berniaga yang ditetapkan oleh Allah SWT. Peniaga tidak boleh menimbunkan barang dagangannya ketika ekonomi sedang meleset kerana pada saat itu semua orang memerlukan barang yang ditimbunkan. Peniaga tidak boleh untuk menyembunyikan barang dagangannya yang buruk dengan barang dagangan yang baik mutunya. Mereka juga tidak boleh untuk memuji-muji barang dagangan mereka sahaja yang baik.

Selain itu tidak boleh untuk mengurangkan timbangan atau takaran dalam menimbang atau menakar dagangannya. Selain itu banyak lagi perkara yang tidak boleh dilakukan dalam berniaga walaupun ianya membawa keuntungan yang besar. Kerana keuntungan itu tidak membawa sebarangan atau manfaat kepada peniaga itu kerana ia diperolehi dari jalan yang tidak halal. Jadi samalah seperti perumpamaan, membuka gedung di tengah lautan.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke dalam pasar. Di dalam pasar itu beliau berjumpa dengan seorang penjual makanan. Alangkah terkejutnya baginda apabila beliau melihat makanan yang begitu elok itu. Baginda mendekati peniaga tersebut dan memasukkan tangannya ke dalam bakul makanan itu bagi menguji kebaikkannya. Tiba-tiba baginda mendapati bahagian dalamnya basah.
Baginda bersabda : “Kenapakah ini?”
Peniaga itu menjawab : “Ia terkana hujan”
Maka baginda bersabda lagi : “Mengapa tidak kamu letakkan di atas agar dapat dilihat oleh pembeli? Ingatlah, barangsiapa yang melakuakan tipuan, tidak termasuk dalam golongan kami.”
Peniaga yang ditemui oleh Rasulullah itu bertindak tidak jujur dalam menjalankan perniagaannya kerana meletakkan makanan yang tidak elok di sebelah bawah agar tidak dilihat oleh pembeli. Perbuatannya ini boleh menyebabkan pembeli mengalami kerugian kerana dalam prinsip jual beli, prinsip asasnya adalah di antara kerelaan pembeli dan peniaga. Kerelaan akan timbul apabila kedua belah pihak berlaku jujur dengan mengakui barangan dagangan itu benar-benar sesuai dengan keadaan.

Rasulullah bersabda yang bermaksudnya :
“Barangsiapa mengangkat pedang melawan kami, maka ia tidak termasuk dalam golongan kami. Dan barangsiapa yang memalsukan kami ( dalam jual beli) maka tidaklah masuk dalam golongan kami.”
( HR. Muslim dari Abu Hurairah.)




Tidak dapat kita nafikan dalam dunia perniagaan akan berlaku penyelewengan dan banyak ragamnya. Ada ketikanya seorang peniaga itu akan mencampurkan barang dagangannya yang bermutu tinggi dengan yang bermutu rendah. Ada juga dikalangan peniaga yang sanggup untuk melakukan sumpah palsu bagi melariskan barang dagangannya. Terdapat juga peniaga yang gemar mengurangkan berat timbangannya.
Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasa’I dan Ibnu Majah, ada disebutkan bahawa ketika Rasulullah sampai ke Madinah telah
baginda ketahui bahawa penduduknya gemar mengurangkan timbangan dan takaran. Disebabkan ingin membetulkan keadaan, maka baginda tidak
berputus asa untuk membetulkan keadaan di situ sehinggalah turun ayat dari Surah Al-Mutaffifiin, ayat 1-3 sebagai ancaman kepada orang- orang yang tidak betul dalam membuat timbangan.
Maksudnya :
“ Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam pertimbangan).”
“ Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak) dari orang mereka mengambilnya cukup.”
“ Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.”
(Surah Al-Muyaffifiin :1-3)


Setelah ayat ini turun, orang-orang Madinah jujur dalam melakukan timbangan dalam berniaga.
Para peniaga yang tidak berbudi akan cuba mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya. Rasulullah sentiasa menganjurkan agar menjadi peniaga yang jujur dan benar. Sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud :
“ Pedagang yang benar dan terpercaya itu bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar dan para syuhada.”
(HR.At.Tarmidzi)


Dipetik dari http://whizteenz.tripod.com/pengajaran/jujur dalam berniaga.

Tuesday, 19 April 2011

Mario Teguh : Diri Yang Menarik 12/12/10 (1/4)



Peribadi yang menarik, ialah yang tertarik kepada yang menarik bagi ramai orang.

Diri yang menarik ialah yang menguntungkan orang lain.

Peribadi yang menarik ialah kemampuan melayan ramai orang.

Orang yang menarik ialah orang yang tertarik kepada kita.

Masalah di banyak jiwa adalah keinginan untuk diperhatikan. Perhatikan anak-anak yang nakal kerana kurangnya perhatian. Perhatikan pejabat-pejabat yang rasuah ialah kerana kurangnya perhatian. Projek yang bermasalah kerana kurangnya perhatian.

BERI PERHATIAN.. HORMATI.. GEMBIRAKAN.. BERI DORONGAN.. KUATKAN..

KITA BAGAIMANA..?  ANDA BAGAIMANA..?   MESTI HEBAT!

FIKIR-FIKIR, TENUNG-TENUNG, RENUNG-RENUNG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Ada kelapangan boleh singgah ke kedai saya: KedaiNam369.blogspot.com